Dapatkan Semua Maklumat Pelancungan Kelantan Disini

Dapatkan Semua Maklumat Pelancungan Kelantan Disini
Cintalah Malaysia Love Malaysia

Wednesday, February 24, 2010

Ride Ke Besut Pada 25 Febuary 2010







Kuala Besut

Khamis 25 Febuary 2010

Pada 25 Febuary 2010 kira-kira 50 buah motosikal kuasa tinggi dari Kelantan akan melawat Daerah Besut Trengganu dalam promosi Kelantan Bike Week 2010 yang akan diadakan di Kota Bharu pada 3, 4 April nanti.

Kumpulan motosikal ini akan berkumpul di Dataran Kuala Besut jam 5.00 hingga 7.00 petang untuk mengadakan Majlis Persahabatan serta meneratkan silaturahim antara penunggang motosikal dua negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Trengganu.

Dua minggu Negeri Kelantan telah menjadi tuan rumah bagi perjumpaan penunggang dari
3 buah kelab motosikal dari Trengganu, Kelantan dan Pahang.

Kelantan Bikers telah memilih Kuala Besut, Trengganu sebagai destinasi pertama kita dalam rangka
promosi KBW kerana kami juga meyenaraikan Pualau Perhentian dan Pulau Redang sebagai salah satu destinasi pelancungan untuk Kelantan BGike Week nanti dan sterusnya kami akan pergi ke Kuala Trengganu, Kemaman dan terus ke Kuantan padaminggu hadapan.

Di Kuala Besut tuan rumah Besut Rider Club dan Kelab Motosikal Trengganu akan menjadi tuan rumah pada Majlis yang dianjurkan pada petang ini.

Selepas ini kami akan mula jelajah negeri-negri di sebelah Utara Pantai Barat iaitu Perak, Kedah, Pualau Pinang dan Perlis.

Tujuan kami adalah sama iaitu mempromosi dan menjual Kelantan sebagai satu satu destinasi pelancungan domestik yang menarik.
Selian dari itu kami juga akan mengajak para penunggang motosikal remaja agar mereka dapat menyertai program kami iaitu Kempen Keselamtan Jalanraya dengan Menunggang motosikal secara hemah
dan sopan santum.

Sekian, terima kasih

Dari

Dr Nik Omar bin Haji Nik Daud
Pengerusi Kelantan Bike Week 2010

http://kelantan-bikers.blogspot.com
atau
http://nik-harleydavidson.blogspot.com

Tel: 019 9401915 atau 019 9181915