Dapatkan Semua Maklumat Pelancungan Kelantan Disini

Dapatkan Semua Maklumat Pelancungan Kelantan Disini
Cintalah Malaysia Love Malaysia

Friday, February 12, 2010

East Coast Bike Meet 13 - 14 Feb




Presiden PMBC
Sebelah Man SU

Sebahagian dari Pasir Mas Bikers

Kota Bharu 13 Febuary

Kelantan Kali ini sekali lagi menjadi tuan rumah kepada ' East Coast Bike Meet' dimana seramai 40 bikers dari 3 buah Kelab Motosikal dari 3 buah negeri Kelantan, Trengganu dan Pahang mengambil bahagian. Ini adalah acara tahunan yang dianjurkan bersama oleh 3 buah Kelab Motosikal dari 3 buah negeri di pantai Timur, " demekian kata Man Nusa, Setiausaha PMBC

Kelantan diwakili oleh Pasir Mas Bike Club -PMBC

" Perjumpaan terakhir di Kuantan Pahang, sebelumnya di Trengganu dan tahun ini di Kelantan. Anjuran ini sebagai 'balas besan', kata Che Gu Fendi, Presiden PMBC

Semua acara akn bermula di D Coconut Inn di dekat PCB, Kota Bharu, Kelantan.

Ride telah bermula jam 845 pagi di Coconut Inn dekat Pantai PCB terus ke Pasir Mas dan bersarapan di Dataran Air Muleh, Pasir Mas.
Tepat jam 10.30 pagi rombongan ini dilepaskan oleh YB Haji Nanafi ke Rantaui Panjang dimana rombongan ini sempat membeli belah di Pekan Rantau Panjang dan melawat Masjid Beijing, satu-satunya Masjid berbentuk Seni Bina China di Malaysia.

Jam 12.30 semua bikers belepas ke Tumpat dimana Makan tengahari disediakan oleh penganjur. Menu utama nasi ulam budu dengan ayam dan ikan bakar.
Jam 2.30 bikers berlepas semula ke PCB .

8.30 malam Grand Dinner dianjurkan tuan rumah PMBC dimana menu utama disediakan ditepi pantai dengan lauk paut yang banyak termasuk budu.

Upacara makan diselang selikan dengan karaoke. Pada Majlis malam 15 bikers dari Captain Bikers Singapore turut memeriahkan Majlis malam dengan persembahan nyanyian yang menyegarkan.

Majlis Malam diserikan dengan acara 40 cabutan bertuah dengan hadiah besar sebuah motosikal Super Bike 750 , topi keledar harga 4500 dan berbagai hadiah hamper.
East Coast BIke Meet akan datang , akan berlangsung di Trengganu.

Majlis Berjaya Dengan Memuaskan
Semua pulang dengan muka happy....belako....