Dapatkan Semua Maklumat Pelancungan Kelantan Disini

Dapatkan Semua Maklumat Pelancungan Kelantan Disini
Cintalah Malaysia Love Malaysia

Thursday, April 29, 2010

Phuket Bike Week 9 - 13 April 2010, 500 Bikers Mengambil Bahagian









Kenangan sewaktu abang Nik bersama-sama bikers lain di Phuket. Phuket memang megamit pelancung

Phuket Bike Week 9 - 13 April 2010, 500 Bikers Mengambil Bahagian







Phuket Bike Week diadakan setiap tahun di Phuket biasanya sempena Festival Air atau Songram Festival. Tahun ini ride agak meriah dengan dihadiri lebih dari 100 bikers dari Malaysia dan 50 bikers dari Singapura.

Pada hari ke 13 aku hampir teperangkap dalam Festival Songram dan tidak ada tekxi yang mahu ke Airport kerana semua jalanraya tutup - Semuanya 'Sumbat belako !!.

Dari Bandar Phuket ke Airport mengambil masa 3 jam. Pada hari biasa hanya 30 minut sudah sampai.
Oleh itu hati-hati jika anda ke Thailand pada hari Songram

Saturday, April 24, 2010

Jelajah Retrosuperbike Di Kelantan - Kelantan Bike Week 2010

Jelajah Retrosuperbike di Kelantan

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar ihsan SAIFUL NIZAM

Petikan Berita dari: Utusan Malaysia Online 24 April 2010


MAznah zolkfli bersama-sama ahli kelab sempat bergambar melakarkan kenangan.

PENGALAMAN menunggang motosikal berkuasa tinggi sudah pasti meninggalkan seribu kenangan buat penulis.

Jika sebelum ini penulis hanya menunggang motosikal kapcai tetapi baru-baru ini berpeluang mengikuti Duta Belia Negara, Maznah Zolkifli, konvoi beramai-ramai bersama ahli-ahli Kelab Retrosuperbike merupakan satu pengalaman yang amat berharga.

Perjalanan melebihi 400 kilometer (km) dari Kuala Lumpur ke Kelantan merupakan satu perjalanan yang sukar dinyatakan.

Bayangkan sekiranya penulis menaiki pacuan empat roda Mitsubishi Trixton, kelajuannya boleh mencecah sehingga 140 km/j inikan pula motosikal yang berkuasa tinggi.

Sepanjang dua hari bersama mereka, sedikit sebanyak penulis dapat mengenali ahli-ahli kelab tersebut dan rata-ratanya tidak lokek berkongsi maklumat yang mereka ada.

Untuk pengetahuan bersama, kelab tersebut yang ditubuhkan pada tahun 2002 kini diterajui oleh Maznah atau lebih mesra dengan panggilan Mazz.

Secara tidak langsung, Mazz telah mencipta sejarah buat kelab motosikal di Malaysia kerana beliau merupakan satu-satunya presiden wanita untuk kelab motosikal yang terdapat di negara ini.

Berbalik kepada cerita konvoi beramai-ramai ke Kelantan, menurut Mazz, konvoi tersebut adalah bersempena 'Kelantan Bike Week (KBW) 2010' yang berlangsung baru-baru ini.

Perhimpunan tersebut yang merupakan perhimpunan kali keempat telah menempa nama tersendiri di dalam sejarah permotoran apabila berjaya mengumpul sebanyak 1,300 motosikal berkuasa tinggi.

Perhimpunan itu turut menyaksikan penyertaan kelab-kelab motosikal dari serata tanah air termasuk juga dari luar negara seperti Brunei, Thailand, Singapura dan Argentina.

Selain pameran motosikal dan gerai-gerai jualan, acara sampingan seperti aksi persembahan burn-out menggunakan motosikal KTM Duke serta konvoi kenderaan vintaj seperti Volkswagen Beetle dan Combi turut menghangatkan suasana.

Acara yang diadakan dengan usaha sama kerajaan negeri itu telah dirasmikan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Bagi penulis, apa yang membanggakan ialah, baik sepanjang perjalanan pergi dan balik, Mazz serta ahli-ahli kelab yang lain amat menitikberatkan soal keselamatan.

Walaupun kelajuan motosikal yang ditunggang ada kalanya mencecah sehingga 200 km/j, namun kesemua ahli yang menyertai konvoi tersebut dilihat mampu memberi bekerjasama antara satu sama lain.

Konvoi tersebut yang diketuai oleh Mazz dan dibantu oleh Sarjan Tajudin Mahadi atau lebih dikenali sebagai Dino yang bertindak sebagai Ketua Keselamatan dan Disiplin seharusnya diberi pujian.

Ini kerana, walaupun perjalanan tersebut mengambil masa selama enam jam, ia sedikit pun tidak memberi kesan dan tekanan malah ahli-ahlinya dilihat seolah-olah 'bersantai' ketika menunggang.

Bagi Kelab Retrosuperbike sendiri, konvoi tersebut bukan kali pertama dianjurkan, malah kelab tersebut yang mempunyai keahlian seramai 150 termasuk ahli-ahli dari Singapura merupakan satu kelab motosikal berkuasa tinggi yang semakin aktif dari semasa ke semasa.

Jelas Mazz, kelab tersebut kini aktif menganjurkan 'charity ride' dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial dengan memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

''Kelab ini mula aktif dalam hal-hal kebajikan sejak tahun 2007 dan yang pasti selepas ini kami akan mengadakan lebih banyak lagi 'charity ride'.

''Pada 15 Mei ini, kami akan menganjurkan 'charity ride' sehari ke Muar untuk membantu dua beradik yang kurang upaya sebagai usaha meringankan beban yang ditanggung.

''Dalam pada itu, lagi satu keistimewaan dan keunikan yang terdapat di dalam kelab ini ialah selain ahli-ahlinya warga Malaysia, ia juga mempunyai cawangan di Singapura.

''Kami semua diibaratkan sebagai satu keluarga serta ahli-ahlinya juga bersatu padu dalam apa jua keadaan, malah kami pastinya memahami di antara satu sama lain dan sekiranya ada masalah, kami akan sama-sama hadapinya,'' ujarnya.

Bagi anak jati Johor Bahru ini, setelah 18 tahun terlibat di dalam sukan pemotoran, pelbagai cabaran telah ditempuhinya.

Sebelum ini Mazz juga pernah menaikkan nama kelab motor yang lain termasuk menjadi penasihat kepada Unique Nation Riders dan mencipta logo kelab itu sendiri.

Bukan itu saja, malah beliau juga pernah mengikuti Konvoi Merdeka Jalur Gemilang 52 tahun selama 12 hari sekali gus menjadi kenangan manis dan kebanggaannya sebagai 'big biker'.

Menjadi harapan Mazz agar kelab yang diterajuinya kini akan terus kekal dan menjadi satu-satunya kelab motosikal berkuasa tinggi yang sentiasa aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat mengenai kelab ini boleh layari retrosuperbike.org.

Apa-apa pun, penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua ahli kelab Retrosuperbike yang mengikuti konvoi ke Kelantan di atas kerjasama yang diberikan terutama sekali kepada Tok Wan.

Retro memang Stylo!

Friday, April 23, 2010

Kata Aluan Anuar Ramad Untuk KBW 2010


Salam,

Kami warga kelab samurai seven bikers (s7),mengucapkan ribuan terima kepada semua warga KBW yg bergitu komitmen
yg menjayakanya dgn jayanya,di sini saya jebat (anuar) ingin memperbetulkan ,kami dari "kelab samurai seven" bukan "pahang biker"
nanti ada pihak yang keliru dengan perkara ini, harap maafkan jebat bukan utk ini di jadikan isu.

Samurai seven (s7) cukup happy n enjoy dgn KBW

Sampaikan salam kami s7 utk semua warga KBW.

Assalamualaikum.

Tkasih
Jebat s7~kuantan


Terima kasih dari Abang Nik

kelantan Bike Berjaya Dari Samurai Seven Kuantan, Pahang

Alhamdulillah. Saya bagi pihak Samurai Seven Bikers amat berbesar hati kerana telah dijemput utk bersama2 memeriahkan KBW yg baru sahaja berlangsung. Sememangnya KBW diperhatikan amat berjaya dari segi pentadbiran, penyertaan & pengisian pgrm itu sendiri. Syabas & tahniah kpd YBhg Dr Nik dan AJK serta Kelantan Bikers pd keseluruhannya.

Amatlah diharapkan pihak kami akan dpt menerima sokongan yg sama drpd pihak YBhg Dr sekiranya terdpt pgrm2 seumpama anjuran kami dimasa2 hadapan.

Diharapkan hubungan baik ini akan berterusan di dlm usaha kita membentuk ukhwah persaudaraan antara kita..Inyaallah.


Major Naemat@uglytoe
+6012 3322042
Presiden



www.samuraisevenbikers.com

Thursday, April 22, 2010

Ekspedisi Motosikal 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci

Abang Nik

Tahniah atas kejayaan Kelantan Bike Weeks baru baru ni. Saya percaya kejayaan ini atas kerja keras ahli ahli Kelantan bikers dan juga sokongan rakan rakan bikers yang lain. Saya percaya tahun hadapan akan lebih meriah lagi insyallah.

Untuk pengetahuan semua , saya di Israq Adventure sekarang tengah sibuk untuk membuat persiapan terakhir bagi menjalankan Ekspedisi 1Malaysia Kembara Ke Bumi Suci 2010 yang akan bertolak pada 15hb Mei Di Putrajaya.
Kami akan melalui 11 buah negara dan 11 bikers akan menyahut cabaran untuk ke Mekah dengan motosikal.

Sokongan anda semua amat di alu alukan. Sila lawat www.israqadventure.com atau facebook saya azman.baharuddin@gmail.com

Dalam perjalanan saya akan update mengenai pengembaraan ini insyallah.

Sokongan anda di alukan

Sekian Terima Kasih

Azman Baharuddin
www.israqadventure.com


Comment dari Pengerusi Kelantan Bikers:
Tahniah kami ucapkan kepada semua bikers yang mengambil bahagian.
Kalau ada masa lapang malam ini atau esok, Abang Nik nak belaja makan di Kopitiam kepada 11 bikers ini - sila bagitahu saya