Dapatkan Semua Maklumat Pelancungan Kelantan Disini

Dapatkan Semua Maklumat Pelancungan Kelantan Disini
Cintalah Malaysia Love Malaysia

Thursday, March 4, 2010

Berita Utusan Malaysia Online 5 March 2010, Promosi Kelantan Bike Week



Sebahagian dari Kelantan Bikers yang mengambil bahagian dalam Ride Ke Besut, dalam rangka promosi kelantan Bike Week.

100 penunggang sertai Minggu Kelantan Bike

Sebahagian penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menyertai ekspedisi Kota Bharu, Besut sempena Minggu Kelantan Bike di Kota Bharu, baru-baru ini.

KOTA BHARU 4 Mac
- Lebih 100 buah motosikal berkuasa tinggi menyertai program promosi Minggu Kelantan Bike ke Besut, Terengganu yang dianjurkan oleh Kelab Kelantan Bikers di Kubang Kerian di sini, kelmarin.

Ia merupakan salah satu program yang disusun bagi mempromosikan pelancongan negeri ini di Terengganu dan Pahang.

Program itu juga akan diteruskan ke Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sempena pelancaran Minggu Kelantan Bike pada 3 dan 4 April depan di sini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa kelab tersebut, Ambri Khailani Zain berkata, selain daripada memperkenalkan negeri ini, menunggang motosikal juga dapat mengurangkan tekanan seharian.

Katanya, idea tersebut muncul selepas mereka beberapa kali melakukan konvoi ke beberapa tempat bersama-sama ahli kelab yang lain.

"Menunggang motosikal berkuasa tinggi, mampu mengurangkan tekanan yang dialami ketika bekerja.

"Di samping menunggang kita juga dapat memberikan sumbangan kepada negeri ini untuk menarik lebih ramai pelancong seterusnya membantu penduduk setempat mendapatkan pendapatan tambahan," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, ekspedisi tersebut juga diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli kelab.

Sementara itu, Ambri Khailani yang juga pengarah filem Black Maria memberitahu, di jajahan Kota Bharu sahaja terdapat lebih 200 peminat yang mempunyai motosikal berkuasa tinggi berharga antara RM160,000 hingga RM 280,000.

Katanya, walaupun terpaksa membelanjakan antara RM5,000 hingga RM10,000 apabila berlaku kerosakan, tetapi ia tidak menjadi masalah untuk kepuasan sendiri.

Petikan Dari Utusan Malaysia Online: Keluaran 5 March 2010
Berita Wilayah Timur. Sila baca direct dari UM Online.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg