Dapatkan Semua Maklumat Pelancungan Kelantan Disini

Dapatkan Semua Maklumat Pelancungan Kelantan Disini
Cintalah Malaysia Love Malaysia

Saturday, March 27, 2010

Itinery Kelantan Bike Week 3, 4 April 2010

Daftar: 3 April 11.00 pagi hingga 12.00 malam.
Tempat pendaftaran: Perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV, Kota Bharu.

4 hb April 2010 Ahad:


9.00 pagi Semua Bikers mengambil tempat di Stadium.

9.30 Flag Off Akan di sempurnakan Oleh YB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan atau Pemangku Sultan
9.00 hingga 4.00 Acara Ride Keliling kelantan, Makan Tengahari di Pantai Bachok
4.00 petang: Sampai semula ke Stadium untuk ikuti program Sukan bermotosikal dan pertunjukan Motosikar dari kelab Motosikal Perlis & Kelantan.

Semua Biker di Jemput mengikuti Sukan Bermotosikal di Dataran Stadium
Ada hadiah-hadian menarik disediakan.


8.30 malam
: Grand Dinner di Gelangang Seni - Dekat Stadium

9.00 - 11.00 Persembahan Kebudayaan, 50 Cabutan Bertuah
12.00 Cabutan Bertuah Utama - Sebuah Motorsikal NAZA GTR 170 & 1 bentuk Cincina Emas Tulin.

Wednesday, March 17, 2010

18 March 9.00 Pagi Mesyuarat KBW Dengan Ketua-Ketua Jabatan di TIC

Kota Bharu: 18 March.

Pagi ini satu Mesyuarat akan diadakan di Pejabat Pelancongan Negeri Kelantan yang akan di Pengerusikan oleh YB Dato Takiyuddin Hassan di Pejabat Pelancogna Pelancongan Negeri Kelantan.

Yang Akan Hadir:
1. 10 Orang Wakil KBW yang di Pengerusikan oleh Abang Nik
2. Pengarah TIC Negeri Kelantan
3. Ketua Polis Kelantan
4. Pengarah Kstam Di Raja
5. Pengarah Imigresen Kelantan
6. Pengarah JPJ Kelantan
7. Pengarah Hospital
8. Dan Jabatan Berkaitan

Aturcara Mesyuarat:

Pengesahkan Atur Cara Festival Motorsikal Kelantan atau Kelantan Bike Week yang akan diadakan di Stadium Sultan Mohammad Ke IV di Kota Bharu, Kelantan pada 3, 4 April 2010.

Wednesday, March 10, 2010

12 March Jumaat Road Show Ride Promosi KBW di Pantai Irama Bachok

100 Buah Kelantan Bikers Akan Mengambil Bahagian

Semua Biker lain Di Jemput Hadir

Yang Belum Daftar, sila daftar segera disini

di Pantai Irama Bachok, Jam 5 ptg 12 March 2010

Cabutan Bertuah Grand Dinner - Motosikal GTR 170 HP Untuk KBW, Hanya Daftar RM 70.00

MILIK SIAPAKAH MOTOR INI
AKAN DI CABUT OLEH DATO MENTERI BESAR KELANTAN SENDIRI

HANYA SEBUAH MOTOSIKAL GTR 170 HP BERHARGA rm 8500


Hadiah Motor GTR 170 HP ini adalah milik SATU ORANG YANG BERTUAH sahaja yang akan dapat. Hanya untuk ahli-ahli yang berdaftar KBW RM 70 sahaja layak membuat Cabutan Bertuah. Hadiah ini ditaja Oleh: EXCO Pelancongan & Kebudayaan, Kerajaan Negeri Kelantan.

Hadiah GTR ini telah disahkan oleh Dato Takiyuddin Hassan pada mesyuarat Dengan AJK KBW pada 10 March 2010 di Pusat Pelancongan Negeri Kelantan - TIC

Grand Dinner Di Taja Oleh Menteri Besar Kelantan, YB Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Untuk makluman Semua Bikers
Bahawa YB Menteri Besar Kelantan
Tuan Guru Dato Haji Nik Abd Aziz Nik Mat
Telah bersetuju untuk menaja Makan Malam - KBW
'Grand Dinner Bersama MB Kelantan pada 4 April 2010' Jam 830 malam

Semua bikers yang pakai Baju T Shirt KBW Untuk Dinner Sahaja Di Benar Masuk ke Dewan Makan . Orang yang tidak pakai Baju Dinner ertinya mereka tidak daftar dan
di larang masuk ke Dewan Makan .
Kepada Semua Bikers Harap Maklum !

Sunday, March 7, 2010

5 hb March 2010 KBW Promosi - Road Show di Pantai Genting Tumpat.



Pantai Genting Tumpat: 5 march 2010


Seramai 70 Kelantan Bikers dari semua Kelab Motosikal Besar di kelantan mengambil bahagian dalam Road Show - Promosi Kelantan Bike Week yang diadakan di Dataran Pantai Genting, Tumpat, Kelantan.

Pada hari terseut seramai 32 orang baru telah mendaftar untuk menyertai event KBW yang akan diadakan pada 3, 4 April nanti.
Sehingga hari ini seramai 120 bikers dari Kelantan telah pun mendaftar untuk menyertai program tersebut.

Hanya 100 lagi biker akan mendaftar dalam minggu ini - Syabas, kelantan Bikers.

Setiap hari kita menerima panggilan dari seluroh negara yang memberitahu mereka akan datang. Hari ini kita menrima 2 panggilan dari dua group motosikal berasingan dari Singapura, satu dari brother Hery dari Melaka, Haji Rok dari JB, Amy dari Jay Bee Bikers, 1 panggilan dari Kedah dan satu dari Perak.

Setakat ini tidak kurang dari 30 panggilan telah diterima sama ada dari group besar yang akan membawa 50 biji motor dan juga group kecil yang akan datang bersama 6 riders. Kita juga difahamkan 'Klassik Riders' dari Melaka akan turut serta dalam program kita. Syabas !!

12 March 20010 Road Shoe ke Pantai Bachok Jam 5 - 7 petang. Semua kel Bikers yang belum daftar, sila datang ke Pantai Irama Bachok. Jumaat 12 march nanti
Jumpa anda di Bachok !

Thursday, March 4, 2010

Berita Utusan Malaysia Online 5 March 2010, Promosi Kelantan Bike Week



Sebahagian dari Kelantan Bikers yang mengambil bahagian dalam Ride Ke Besut, dalam rangka promosi kelantan Bike Week.

100 penunggang sertai Minggu Kelantan Bike

Sebahagian penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menyertai ekspedisi Kota Bharu, Besut sempena Minggu Kelantan Bike di Kota Bharu, baru-baru ini.

KOTA BHARU 4 Mac
- Lebih 100 buah motosikal berkuasa tinggi menyertai program promosi Minggu Kelantan Bike ke Besut, Terengganu yang dianjurkan oleh Kelab Kelantan Bikers di Kubang Kerian di sini, kelmarin.

Ia merupakan salah satu program yang disusun bagi mempromosikan pelancongan negeri ini di Terengganu dan Pahang.

Program itu juga akan diteruskan ke Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sempena pelancaran Minggu Kelantan Bike pada 3 dan 4 April depan di sini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa kelab tersebut, Ambri Khailani Zain berkata, selain daripada memperkenalkan negeri ini, menunggang motosikal juga dapat mengurangkan tekanan seharian.

Katanya, idea tersebut muncul selepas mereka beberapa kali melakukan konvoi ke beberapa tempat bersama-sama ahli kelab yang lain.

"Menunggang motosikal berkuasa tinggi, mampu mengurangkan tekanan yang dialami ketika bekerja.

"Di samping menunggang kita juga dapat memberikan sumbangan kepada negeri ini untuk menarik lebih ramai pelancong seterusnya membantu penduduk setempat mendapatkan pendapatan tambahan," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, ekspedisi tersebut juga diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli kelab.

Sementara itu, Ambri Khailani yang juga pengarah filem Black Maria memberitahu, di jajahan Kota Bharu sahaja terdapat lebih 200 peminat yang mempunyai motosikal berkuasa tinggi berharga antara RM160,000 hingga RM 280,000.

Katanya, walaupun terpaksa membelanjakan antara RM5,000 hingga RM10,000 apabila berlaku kerosakan, tetapi ia tidak menjadi masalah untuk kepuasan sendiri.

Petikan Dari Utusan Malaysia Online: Keluaran 5 March 2010
Berita Wilayah Timur. Sila baca direct dari UM Online.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg